Rabu, 23 Mei 2012

Warna

Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a)  Warna Asas 
      - Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna.
      - Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi
         boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga.
      - Mempunyai kuasa yang hebat.
      - Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan 
        sebagainya.

 
b) Warna sekunder 
    - Juga dipanggil warna kedua.
    - Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
    - Warna sekunder = warna asas + warna asas
    - Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
                 i   Jingga = merah + kuning
                ii.  Ungu = merah + biru
               iii.  Hijau = kuning + biru

 
c)  Warna tertier 

      - Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya
        dalam roda warna.

              
               [ warna tertier = warna asas + warna sekunder ]

   
   - Warna tertier terdiri daripada  

        i. biru ungu = biru + ungu

       ii. biru hijau = biru + hijau

      iii. kuning jingga = kuning + jingga

      iv. kuning hijau = kuning + hijau

       v. merah jingga = merah + jingga
         vi. merah ungu = merah + ungu

 


2. Terdapat 3 gubahan warna iaitu:

    a) Warna harmoni
        Warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan
         seimbang).


   b) Warna penggenap
       Warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya,
       kontra, getaran dan pergerakan).


c) Warna sewarna 
    Hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang 
    kepada gelap).

 

Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau sejuk.

 a) Warna panas - kelihatan garang

 b) Warna sejuk - kelihatan tenang dan redup






Warna panas 
- Warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi.
   -  Warna yang berupaya memberi kesan terang dan garang.




Warna sejuk
- Warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah.
- Warna yang berupaya memberi kesan redup, tenang dan damai serta sejuk 
  mata memandang.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan