Rabu, 23 Mei 2012

Ruang

Ruang ialah kawasan kosong disekeliling atau antara 2 objek.

Ruang juga wujud dalam gambar bersifat 2 Dimensi.

Ruang ini hanya dapat dilihat atau dirasa kewujudannya.

         
Jenis-jenis ruang terbahagi kepada 2 iaitu:

       a) ruang nyata / fizikal
        b) ruang Ilusi / tampak 

a. Ruang Nyata - merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.

              Ruang Terbuka - kawasan lapang / luas
              Ruang Tertutup - kawasan sempit / terhad



b.  Ruang Ilusi - merupakan ruang yang dihasilkan dalam karya seni visual seperti  
                              lukisan, catan dan rekaan grafik.





Perhubungan ruang dan bentuk 

Ruang dapat mempengaruhi saiz dan warna pada jarak tertentu. 

Nilai warna akan berubah mengikut jarak ruang.


Ruang dan Perspektif

Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.

Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.

Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.

Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3    dimensi melalui 2 cara:

          a. Perspektif 1 titik lenyap
          b. Perspektif 2 titik lenyap

a. Perspektif Satu Titik Lenyap









b. Perspektif  Dua Titik Lenyap








4 ulasan:

  1. Beza antara ruang nyata dan ilusi?

    BalasPadam
  2. ruang ilusi kita hanya bisa liat coraknya aja , contohnya kertas lukisan..klau ruang nyata kita dpat melihat dan merasa corak tu..contohnya seperti corak reben di beg tangan..

    BalasPadam
  3. Bagaimanakah ruang ilusi terhasil?

    BalasPadam
  4. bagaimana nak bezakan ruang nyata dan ruang ilusi

    BalasPadam