Rabu, 23 Mei 2012

Jalinan

Definisi Jalinan
·        Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain. 
·        Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
·        Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.



 
 Jalinan pada keratan rentas batang pokok


Jalinan pada kulit harimau belang


Jalinan pada kulit siput



Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

Rekahan pada tanah

Jalinan kasar pada permukaan batu


Jalinan berduri pada kulit durian



Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia


Jalinan pada langit-langit rumah


Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:

   
a) Jalinan Sentuh


-                     merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti,  permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang.

         -         sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi                    melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan,
                   gosokan dan sebagainya.



Jalinan sentuh - kulit kerang 



Jalinan sentuh - tayar motosikal


   b) Jalinan Tampak

-                       merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.


Jalinan Tampak - kertas dinding


Jalinan Tampak - kulit tembikai
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan